Nusantara

Silap dan Salah

aku contoh yang terbaik buat perkara ini.

kenapa?

kerana aku pembohong. aku telah berbohong kepada orang yang aku sayang dan cinta.

aku telah berbohong kerana aku tidak mahu kehilangan cinta itu. kerana aku kehausan kasih sayang dan cinta hakiki.

sememangnya aku bukan manusia yang tidak bermoral. semua manusia bukan begitu. tetapi pada kita mengejar kehendak kita, kita sering lupa dan alpa akan batas-batas sosial dan kemanusiaan.

waktu itu cinta sering datang dan pergi. tapi cinta-cinta ku tidak berasaskan kasih sayang. ianya merupakan cinta kepuasan nafsu. cinta yang mementingkan diri sendiri.

dalam kegolakkan kepalsuan itu, aku dipertemukan seorang manusia yg terbaik. yang sememangnya aku ditakdirkan untuk jatuh cinta supaya aku di ajari mengenai kasih sayang hakiki.

namun, kerana aku takut cinta itu ditarik balik aku tetap berbohong dengannya selama 2 tahun.

walaupun keadaan aman selama itu, keamanan itu meleset kebelakangan ini.

dusta-dusta ku terlurai bongkar.

kini sayang cinta ku dingin hati. gembiranya hati waktu bergayut di telfon berkata-kata dengannya menjadi pengalaman pahit.

sekarang, terkapai-kapai tingkah laku ku mencari penyelesaian. walaubagaimanapun, aku masih tidak bisa mencari huraiannya. aku masih meraba-raba di dalam kegelapan.

Runsing

Kadangkalanya aku runsing. Kepala ku berpusing. Kerana setahu ku kita telah lama masuk ke dalam abad ke 21. Teknologi canggih semakin canggih. Ilmu yang diterokai makin mendalam, semakin teliti.

Kalau 20 tahun lalu keretapi mempunyai had kelajuan 120km/sj, kini ianya bisa mengelungsur seperti pesawat jet Concorde.

Dahulu planet Pluto disahkan sebagai badan terakhir di sistem solar kita tapi kini kesahannya dipertikaikan.

Di planet Marikh pula, kenderaan automatis telah mula menyelidiki bumi yang dipijaknya.

Tapi mengapakah kaum Melayu ku seperti masih hidup dalam abad ke 12.

Mengapakah kaum ku masih dibelenggu logika dan falsafah kampung?

Mengapakah kaum ku masih di belentara kekunoan?

Terikat dan digari oleh kisah-kisah lampau. Dimana darah telah tertumpah dan kehidupan manusia telah terhilang.

Kaum ku sekarang dilanda ketakutan. Takut hilang budayanya. Takut teman-teman seagamanya menjadi pengikut Nasrani, penganut Buddha dan Hindu atau mungkin langsung tak beragama.

Aku tertawa bukan kerana lucu tapi kerana melihat anehnya kelakuan manusia.

Dalam bidang ekonomi, kelakuan ini diklasifikasi sebagai bersifat ‘protectionist’. Pendek kata ibarat penyu yang ketakutan, menyembunyikan kepala, kaki, dan ekornya.

Ini bermakna penyakit yang kaum ku hidapi adalah penyakit ‘kurang harga diri’. Tidak konfiden menghadapi rintangan-rintangan di zaman modern ini. Rasa kaum ku tidak punya keupayaan, tidak percaya akan keupayaan dirinya sendiri.

Itulah penyakit kaum ku. Itulah puncanya sedih hati ku.

Untuk mengabui belenggu ini, mereka berpidato, bersyarah tentang pentingnya hak-hak mereka wajib dipertahankan.

Ku tertawa lagi. Lucu amat kaum ku ini tapi runsing ku dibuatnya.

Leave a Reply